PATTANI: Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Beliau berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan mereka ditipu oleh pengendali perkhidmatan tersebut.
"Sebelum ini, saya menerima berita ada dalam kalangan individu yang terlibat pernah ditinggalkan di tepi jalan gara-gara tidak bersetuju dengan pakej disediakan.
"Pada masa sama, ada yang menjanjikan semua dokumen akan siap dalam tempoh sehari sebaliknya tidak. Hal ini kerana dokumentasi mengambil masa sehari, biasanya akan siap keesokannya," katanya semasa ditemui pada Festival Asia 2024 yang diadakan di Asean Mall Pattani di sini.
Menurut beliau, sikap waspada itu bertujuan mengelakkan pasangan terlibat berdepan dengan masalah di kemudian hari.
Ujarnya, kebanyakan perkahwinan ini berlangsung di Songkhla, Narahitwat, Pattani dan Yala.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Fahmi berkata, seramai 700 pasangan dari Malaysia telah bernikah di Selatan Thailand sepanjang tempoh tiga bulan tahun ini bermula Januari hingga Mac.
Beliau berkata, jumlah tersebut berpandukan kepada pasangan yang tampil membuat pengesahan dokumen pernikahan.
"Namun bagi mereka yang tidak membuat pengesahan, kita tidak tahu.
"Kita percaya ramai yang tidak tampil membuat pengesahan sekali gus menyukarkan pasangan berkenaan untuk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia," katanya.
Menurut beliau, pihaknya akan membuat semakan sama ada pasangan berkenaan berkahwin dengan jurunikah bertauliah atau sebaliknya sebaik sahaja pengesahan dokumen yang dibuat di pejabat konsulat.
Ujarnya, setakat ini pasangan yang berkahwin di Selatan Thailand mendapatkan khidmat jurunikah yang bertauliah.
Ahmad Fahmi memberitahu, pihaknya khuatir mereka yang tidak membuat pengesahan dinikahkan dengan jurunikah yang tidak bertauliah, sebaliknya yang disediakan ejen tertentu.
“Justeru, kita nasihatkan kepada mana-mana pasangan dari Malaysia yang mahu berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak tertipu dengan ejen-ejen nikah yang menawarkan pelbagai pakej, namun akhirnya dinikahkan dengan jurunikah tidak bertauliah," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 28 2024
Kebanyakan perkahwinan di selatan Thailand berlangsung di Songkhla, Narahitwat, Pattani dan Yala. - Gambar hiasan
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Selatan Thailand kembali jadi tumpuan Datuk, ahli politik untuk nikah
Kedatangan pasangan dari Malaysia menunjukkan trend peningkatan terutama orang kenamaan bergelar Datuk.